No Tel/ Fax : 04-8662310
Email : skttbalikpulau@yahoo.com.mya>


”ILMU SULOH BUDIMAN”

Khamis, 12 April 2012

Taklimat Orientasi Tahun 1


Orientasi Tahun 1 bermula sekitar sekitar jam 8.30 pagi, dihadiri oleh ibu bapa, waris dan anak masing-masing yang akan bersekolah pada tahun 2012. Murid yang bakal menduduki tahun 1 diberi kuiz untuk diuji tahap kemahiran asas dan memberi pendedahan awal sebagai persediaan sebelum sesi persekolahan bermula.

Ibu bapa diberi taklimat dan maklumat penting sempena persekolahan untuk tahun 2012. Antara maklumat penting yang disampaikan.

1. Peraturan sekolah dan langkah langkah keselamatan.
2. Penggunaan band dalam pentaksiran yang akan dilaksanakan kepada murid.
3.Perlunya sikap berdikari bagi setiap murid tahun 1.
4. Penerapan nilai disiplin bagi setiap murid.
5. Penglibatan serta kerjasama yang baik dari ibu bapa mahupun waris dalam mesyuarat atau sambutan yang dijalankan disekolah.



Antara aktiviti lain yang dijalankan kepada ibu bapa dan waris adalah taklimat mengenai KSSR, PBS dan LINUS.