No Tel/ Fax : 04-8662310
Email : skttbalikpulau@yahoo.com.mya>


”ILMU SULOH BUDIMAN”

Rabu, 29 Disember 2010

Orientasi Tahun 1 SKTT 2011


Ibu bapa dan waris yang hadir pada taklimat Orientasi Tahun 1


Guru besar SKTT, Tuan Haji Othman Bin Hussain memberi taklimat orientasi Tahun1 2011 kepada ibu bapa dan waris

Orientasi tahun 1 bermula seawal 8.30, hari ini, dihadiri oleh ibu bapa, waris dan anak masing- masing yang akan bersekolah untuk tahun 2011. Murid yang bakal menduduki tahun 1 diberi kuiz untuk diuji tahap kemahiran asas dan memberi pendedahan awal sebagai persediaan sebelum seisi persekolahan bermula.

Ibu bapa diberi taklimat dan maklumat penting sempena persekolahan untuk tahun 2011. Antara maklumat penting yang disampaikan :

1. Peraturan sekolah dan langkah keselamatan.
2. Yuran persekolahan.
3. 1 murid 1 sukan.
4. Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan.
5. Jadual waktu persekolahan.

Semoga dengan kehadiran warga SKTT yang baru dapat melonjakkan kecemerlangan prestasi sekolah ke tahap yang lebih tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan