No Tel/ Fax : 04-8662310
Email : skttbalikpulau@yahoo.com.mya>


”ILMU SULOH BUDIMAN”

Isnin, 19 Julai 2010

PEMAIN SK TITI TERAS DI PENTAS MSSM




Seramai empat orang pemain hoki sk titi teras telah terpilih untuk mewakili pasukan hoki Pulau Pinang ke peringkat MSSM yang telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 6 hingga 13 Jun 2010.Pasukan Pulau pinang yang diundi bersama pasukan Terengganu dan pahang berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum tunduk kepada pasukan Selangor dengan Jaringan 3-0 untuk saingan ditempat keempat dan ketiga.


WIRA PENANG TERUS GEMILANG




















Pasukan Hoki wira penang sekali lagi berkunjung ke Ipoh sekali lagi untuk menyertai kejohanan Hoki Remaja Ipoh Kali yang keempat.Buat julung kalinya kali ini pasukan hoki wira penang menghantar pasukan hoki wanitanya,lebih membanggakan lagi pasukan hoki wanita berjaya mendapat tempat ketiga untuk pertandingan kemahiran,Pasukan hoki lelaki yang cemerlang pada peringkat awal terpaksa akur dengan kekalahan 2-0 kepada pasukan daripada Taiwan,Pasukan wira penang yang melancarkan serangan sejak wisel permulaan ditiupkan terpaksa akur kepada pasukan Taiwan itu pada minit terakhir yang tewas pada peringkat suku akhir.Sebelum itu pasukan wira penang beraksi cemerlang dengan menewaskan pasukan dari SK TLDM LUMUT dengan jaringan 2-0 dan seterusnya seri dengan pasukan dari PPD KINTA.Pada saingan pusingan kedua pasukan wira penang terpaksa berhempas pulas sebelum menang pada penentuan pukulan panalti pada pasukan dari Kuala Lumpur.Apapun tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain majulah hoki untuk semua