No Tel/ Fax : 04-8662310
Email : skttbalikpulau@yahoo.com.mya>


”ILMU SULOH BUDIMAN”

Khamis, 15 April 2010

SK Titi Teras mengorak langkah ke Final



Sekali lagi SK Titi Teras membuat percaturan untuk merebut gelaran johan dalam perlawanan hoki MSSPP bawah 12 tahun 2010.

Jurulatih Pasukan Hoki Sk Titi Teras, Azwira Abu berkata tiada jalan mudah untuk berjaya sekiranya tiada daya usaha pemain dan sokongan padu dari warga sekolah dan ibu bapa.

"Kita mahu mencipta sejarah pada tahun ini sebagai hadiah persaraan untuk Guru Besar yang berkhidmat bagi tahun yang terakhir di sekolah ini kerana beliau banyak memberi sokongan dan sumbangan wang ringgit untuk pembangunan pasukan hoki ini."

Perlawanan akan berlangsung Jumaat jam 9.00 pagi di Stadium Hoki USM Pulau Pinang. Warga SK Titi teras dijemput hadir beramai ramai untuk memberi sokongan padu kepada pasukan hoki Sk Titi Teras. Jumpa di sana