No Tel/ Fax : 04-8662310
Email : skttbalikpulau@yahoo.com.mya>


”ILMU SULOH BUDIMAN”

Isnin, 29 Mac 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2009/2010







Mesyuarat Agung PIBG sesi 2009/2010 Akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari: Sabtu
Tarikh :03 April 2010
MASA :8.30 Pagi
Tempat : Dewan SKTT

Semua waris dijemput hadir untuk menjayakan mesyuarat kali ini semoga kehadiran tuan/puan dapat membantu meningkatkan mutu Sekolah Kebangsaan Titi Teras






MESYUARAT PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2009/2010

Satu mesyuarat akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari : Selasa
Tarikh : 30 Mac 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat
Masa : 1.05 Petang

Semua guru diwajibkan hadir

Khamis, 25 Mac 2010

Khamis, 4 Mac 2010

CABARAN SK TITI TERAS KE PENTAS MSSPP










Unit kokurikulum dan sukan SKTT sesi 2010 tahun ini akan menghantar atlit ke kejohanan-kejohanan sukan yang akan dianjurkan bermula pada peringkat zon balik pulau,daerah barat daya dan seterusnya ke peringkat negeri.Menurut Penolong kanan Kokurikum En Norhisham b Mohd Arshad beliau berkata pada tahun ini hanya tiga acara sukan sahaja yang akan disertai oleh Sekolah Kebangsaan Titi Teras,memandangkan jumlah murid yang kurang kita terpaksa menghadkan jumlah penyertaan kerana murid yang sama juga akan terlibat dalam semua sukan yang kita pilih.katanya.Pada tahun ini kita hanya menghantar pasukan olahraga yang akan bertanding pada mac ini,pasukan bola jaring pada 8 dan 9 mac ini di Sk Sungai Pinang dan yang terakhir sekali pasukan hoki pada penghujung mac ini juga.Tambahnya lagi beliau berharap semua pasukan dapat membawa kejayaan kerana seluruh warga SKTT menanti kejayaan semua atlit-atlit ini.

WIRA PENANG HADIAHKAN KEMENANGAN KEPADA PENYOKONG HOKI SKTT



Pasukan Hoki Wira Penang yang berjaya mengalahkan pasukan Hoki Sk Bayan Lepas dengan jaringan 8-0 semalam mengaggap kemenangan itu adalah sebagai satu hadiah kepada semua penyokong hoki Sk Titi Teras,lebih menbanggakan lagi kejayaan ini dilakarkan dihadapan penyokong mereka sendiri.Kehadiran Penolong Kanan Pentadbiran,En Mat Zuli juga sedikit sebanyak menyuntik semangat pasukan ini untuk beraksi dengan cemerlang dihadapan penyokong mereka sendiri.Menurut Jurulatih pasukan wira penang En Nazir ketika dihubungi beliau menyifatkan kemenangan ini bukan satu pencapaian ataupun kayu pengukur untuk pasukan wira Penang mendabik dada,kelemahan jentera serangan dan kurang persefahaman pada benteng pertahanan membuatkan beliau masih tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan beliau,walaubagaimanapun beliau yang kini masih menerima rawatan akibat kecederaan berharap dapat segera sembuh dan dapat memimpin pasukan ini sebelum pasukan ini yang akan membawa cabaran sk titi teras ke kejohanan hoki Msspp yang dijadualkan pada mac ini.Pasukan Wira penang yang melancarkan serangan seawal wisel permulaan ditiupkan membuatkan pasukan ini memperolehi gol awal untuk memastikan pasukan ini berada dihadapan.En Wan Rosdan selaku pengurus pasukan mengaggap kemenangan ini adalah sebagai satu hadiah kepada semua penyokong hoki sktt yang selama ini memberikan sokongan yang padu kepada pasukan ini.Beliau berkata pasukan hoki Sk Bayan lepas ini tidak boleh dipandang mudah kerana mereka mempunyai latihan serta kemudahan yang cukup berbanding pasukan kami,tambahnya lagi kami juga tidak memandang mudah perlawanan ini kerana kami mengaggap inilah pentas untuk kami memperbaiki segala kelemahan yang ada pada pasukan kami,katanya.

PERLAWANAN PERSAHABATAN


Selasa, 2 Mac 2010



Lencana sekolah ini mempunyai empat warna asas iaitu kuning, biru, merah dan putih.

Kuning : Melambangkan cahaya yang akan menyinari kehidupan setiap warga sekolah, juga merupakan antara rumah sukan yang terdapat di sekolah ini.

Biru : Melambangkan perpaduan, bernilai murni dan berfikiran sihat yang dapat melahirkan murid-murid yang berhati mulia. Biru juga merupakan salah satu daripada rumah sukan yang terdapat di sekolah ini.

Merah : Melambangkan kegigihan, ketabahan dan kesungguhan dalam apa jua yang dilakukan demi mencapai kejayaan. Merah juga merupakan salah satu daripada rumah sukan yang terdapat di sekolah ini.

Putih : Melambangkan kesucian di mana setiap warga amat ditekankan dengan aspek kebersihan.

2.1.2.2 PENJELASAN TENTANG LAMBANG


Terdapat dua lambang pada lencana sekolah. OBOR yang berwarna merah melambangkan semangat membara yang disemai dalam setiap warga sekolah dalam usaha mencapai kejayaan
LINGKARAN PADI yang berwarna kuning yang terdapat pada logo sekolah membawa maksud setiap warga sekolah disemaikan dengan sifat merendah diri walaupun berpengetahuan tinggi yang mana mengikut resmi padi, “semakin berisi semakin tunduk”.

2.1.2.3 PENJELASAN TENTANG COGANKATA


Cogankata yang tertera pada lencana sekolah berbunyi PELAJARAN SULOH BUDIMAN. Cogankata ini ditujukan kepada semua warga sekolah di mana ilmu pengetahuan yang tinggi akan menjamin masa depan yang cerah serta dapat melahirkan insan KAMIL yang berhemah tinggi dan dapat berbakti kepada keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa, agama dan negara