No Tel/ Fax : 04-8662310
Email : skttbalikpulau@yahoo.com.mya>


”ILMU SULOH BUDIMAN”

Isnin, 25 Januari 2010

BINTANG KECIL SKTT MUSIM KEDUA KEMBALI

Pertandingan realiti yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan pada tahun lepas telah menyebabkan penganjur pertandingan ini memulakan pencarian bakat baru lebih awal pada tahun ini.Bagi edisi kedua ini beberapa pembaharuan telah dilakukan dan beberapa format pertandingan juga telah dirombak untuk memastikan pertandingan pada tahun ini bertambah menarik.Seramai 20 orang peserta telah menghadiri sesi ujibakat yang telah berlangsung selama satu hari,hasilnya seramai 6 orang peserta telah dipilih untuk bertanding pada peringkat suku akhir yang dijadualkan akan bermula pada 3 Februari 2010 ini.Pada tahun ini pengarah muzik pada tahun lepas En Mohd Khairul Hisham telah dipilih sebagai pengetua akademi juga merangkap pengarah muzik bagi edisi kedua ini.Kelainan juga dibuat apabila Pn Sarina juga dilantik sebagai koreografer merangkap jurutari kepada semua peserta.Kepada semua peminat jangan lupa untuk hadir beramai-ramai untuk menyaksikan peserta pilihan anda beraksi pada peringkat separuh akhir dan saksikan siapa yang akan tersingkir pada minggu tersebut.

Selasa, 5 Januari 2010

Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


Tahun 2009 telahpun melabuhkan tirainya dan kini tahun baru 2010 telah menjelma.Bagi seluruh warga pendidik dan semua murid telah menanamkan azam yang baru untuk sama-sama direalisasikan pada tahun 2010 ini.Kepada murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 diucapkan selamat kembali ke sekolah dan kepada murid tahun 1,pra sekolah, kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) dan murid baru diucapkan selamat datang dan semoga tahun 2010 ini akan mencipta pelbagai lagi kejayaan untuk Sk Titi teras.