No Tel/ Fax : 04-8662310
Email : skttbalikpulau@yahoo.com.mya>


”ILMU SULOH BUDIMAN”

Khamis, 30 Disember 2010

Jamuan Akhir Tahun SKTT 2010






Jamuan akhir tahun Kelab Kebajikan Guru 2010 diadakan di Hotel Gurney. Jamuan ini diadakan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim di kalangan guru. Aktiviti yang bermula dengan ucapan alu aluan Pengerusi Kelab Guru iaitu Ustazah Norhasniza dan seterusnya guru guru menjamu selera.

Orientasi Pra Sekolah 2011


Tuan Haji Othman Bin Hussain, Guru Besar SKTT memberi taklimat orientasi kepada para waris



Para waris yang hadir untuk mendengar taklimat orientasi pra sekolah

Prasekolah SK Titi Teras diberi nama Tunas Bestari. Nama ini dipilih kerana bertepatan dengan hasrat sekolah mengasuh dan mendidik kanak-kanak dari peringkat bawah ke arah melahirkan insan yang cemerlang, berilmu, beriman, berdisiplin dan bertaqwa bagi membentuk insan yang kamil didunia dan akhirat.

Antara taklimat yang disampaikan:

1. Waktu persekolahan prasekolah.
2. Peranan ibu bapa menghantar dan mengambil anak.
3. Sarapan pagi disediakan untuk murid prasekolah
4. Gambar berukuran passport berwarna 4 keping untuk kegunaan sekolah.
5. Pemberitahuan masalah kesihatan murid kepada guru dari masa ke semasa termasuk alahan kepada makanan tertentu.
6. Sentiasa mengemaskini maklumat peribadi seperti no telefon supaya dapat menghubungi waris apabila berlaku kecemasan.
7. Program menabung dibatalkan
8.Pakaian seragam Pra Sekolah 3 pasang disediakan.
9. Kemahiran belajar dengan berlandaskan konsep 3M
10. Sumbangan khas
11. Perlantikan ahli jawatankuasa permuafakatan pra sekolah.
Penasihat : Tn Haji Othman B Hussain
Pengerusi : Muhamad Izuan B Abu Bakar
Naib Pengerusi : Pn Haliza Bt Samsudin
Setiausaha : Pn Noormiza Bt Mohd Taib
Bendahari : Pn Hasyidah Bt Ismail
Juruaudit : Pn Fauziah Bt Abdul Malik
AJK:
Pn Rosita Bt Azali
Muhamad Yusuf Ramli
Rohaizat Nasir
Syaziman Shaid
Laila Muhd Nor
Alias Ramli

12. Seisi soal jawab

Senarai nama murid pra sekolah TUNAS BESTARI 2011

1. AMIRUL AL HAJ B ZURIMAN
2. DANIEL SYAZWAN B IDRIS
3. MOHAMAD MUAZZAM B MD KARIM
4. MOHAMMAD IZZAL SYAMIN B MOHD IZUAN
5. MUHAMMAD AFIQ B ADNAN
6. MUHAMMAD AKMAL B NOOR HISYAM
7. MUHAMMAD ALIF HAIQAL B AZMI
8. MUHAMMAD AMER HAIKAL B MOHD ZAMRI
9. MUHAMMAD AMSYAR B MD ASRAF
10. MUHAMMAD DANISH HAIKAL B MUHAMMAD HAIRI
11. MUHAMMAD HISYAMUDDIN B ROHAIZAD
12. MUHAMMAD RAHMAT B SHAMSUR ANUAR
13. MUHAMMAD SYARIFUDDIN B MANSOR
14. MUHAMMAD SYAZMI B ALIAS
15. ZAKREADAM B HASBULLAH
16. ANIS NADZIRAH BT MUZAFFAR
17. NURAFIQAH NAZIFA BT MOHD RIZAL
18. NURALIYA BT ABDUL RANI
19. NURATHIRA ADAYU BT AZIZ
20. NURAZERIN SHAFIQA BT ABDUL HAMID
21. NURAFIQHAH IRDINA BT AELIAS
22. NURMIZATUL AKMA BT SHAZIMAN
23. NURIN HANANI BT ELIES
24. PUTRI NURADILAH BT MOHD YUSOFF
25. SITI NURNAJWA BT SHAIFOL HADI

Rabu, 29 Disember 2010

Orientasi Tahun 1 SKTT 2011


Ibu bapa dan waris yang hadir pada taklimat Orientasi Tahun 1


Guru besar SKTT, Tuan Haji Othman Bin Hussain memberi taklimat orientasi Tahun1 2011 kepada ibu bapa dan waris

Orientasi tahun 1 bermula seawal 8.30, hari ini, dihadiri oleh ibu bapa, waris dan anak masing- masing yang akan bersekolah untuk tahun 2011. Murid yang bakal menduduki tahun 1 diberi kuiz untuk diuji tahap kemahiran asas dan memberi pendedahan awal sebagai persediaan sebelum seisi persekolahan bermula.

Ibu bapa diberi taklimat dan maklumat penting sempena persekolahan untuk tahun 2011. Antara maklumat penting yang disampaikan :

1. Peraturan sekolah dan langkah keselamatan.
2. Yuran persekolahan.
3. 1 murid 1 sukan.
4. Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan.
5. Jadual waktu persekolahan.

Semoga dengan kehadiran warga SKTT yang baru dapat melonjakkan kecemerlangan prestasi sekolah ke tahap yang lebih tinggi.

Isnin, 19 Julai 2010

PEMAIN SK TITI TERAS DI PENTAS MSSM




Seramai empat orang pemain hoki sk titi teras telah terpilih untuk mewakili pasukan hoki Pulau Pinang ke peringkat MSSM yang telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 6 hingga 13 Jun 2010.Pasukan Pulau pinang yang diundi bersama pasukan Terengganu dan pahang berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum tunduk kepada pasukan Selangor dengan Jaringan 3-0 untuk saingan ditempat keempat dan ketiga.


WIRA PENANG TERUS GEMILANG




















Pasukan Hoki wira penang sekali lagi berkunjung ke Ipoh sekali lagi untuk menyertai kejohanan Hoki Remaja Ipoh Kali yang keempat.Buat julung kalinya kali ini pasukan hoki wira penang menghantar pasukan hoki wanitanya,lebih membanggakan lagi pasukan hoki wanita berjaya mendapat tempat ketiga untuk pertandingan kemahiran,Pasukan hoki lelaki yang cemerlang pada peringkat awal terpaksa akur dengan kekalahan 2-0 kepada pasukan daripada Taiwan,Pasukan wira penang yang melancarkan serangan sejak wisel permulaan ditiupkan terpaksa akur kepada pasukan Taiwan itu pada minit terakhir yang tewas pada peringkat suku akhir.Sebelum itu pasukan wira penang beraksi cemerlang dengan menewaskan pasukan dari SK TLDM LUMUT dengan jaringan 2-0 dan seterusnya seri dengan pasukan dari PPD KINTA.Pada saingan pusingan kedua pasukan wira penang terpaksa berhempas pulas sebelum menang pada penentuan pukulan panalti pada pasukan dari Kuala Lumpur.Apapun tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain majulah hoki untuk semua



Jumaat, 14 Mei 2010

Khamis, 15 April 2010

SK Titi Teras mengorak langkah ke Final



Sekali lagi SK Titi Teras membuat percaturan untuk merebut gelaran johan dalam perlawanan hoki MSSPP bawah 12 tahun 2010.

Jurulatih Pasukan Hoki Sk Titi Teras, Azwira Abu berkata tiada jalan mudah untuk berjaya sekiranya tiada daya usaha pemain dan sokongan padu dari warga sekolah dan ibu bapa.

"Kita mahu mencipta sejarah pada tahun ini sebagai hadiah persaraan untuk Guru Besar yang berkhidmat bagi tahun yang terakhir di sekolah ini kerana beliau banyak memberi sokongan dan sumbangan wang ringgit untuk pembangunan pasukan hoki ini."

Perlawanan akan berlangsung Jumaat jam 9.00 pagi di Stadium Hoki USM Pulau Pinang. Warga SK Titi teras dijemput hadir beramai ramai untuk memberi sokongan padu kepada pasukan hoki Sk Titi Teras. Jumpa di sana

Isnin, 29 Mac 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2009/2010







Mesyuarat Agung PIBG sesi 2009/2010 Akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari: Sabtu
Tarikh :03 April 2010
MASA :8.30 Pagi
Tempat : Dewan SKTT

Semua waris dijemput hadir untuk menjayakan mesyuarat kali ini semoga kehadiran tuan/puan dapat membantu meningkatkan mutu Sekolah Kebangsaan Titi Teras






MESYUARAT PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2009/2010

Satu mesyuarat akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari : Selasa
Tarikh : 30 Mac 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat
Masa : 1.05 Petang

Semua guru diwajibkan hadir

Khamis, 25 Mac 2010

Khamis, 4 Mac 2010

CABARAN SK TITI TERAS KE PENTAS MSSPP










Unit kokurikulum dan sukan SKTT sesi 2010 tahun ini akan menghantar atlit ke kejohanan-kejohanan sukan yang akan dianjurkan bermula pada peringkat zon balik pulau,daerah barat daya dan seterusnya ke peringkat negeri.Menurut Penolong kanan Kokurikum En Norhisham b Mohd Arshad beliau berkata pada tahun ini hanya tiga acara sukan sahaja yang akan disertai oleh Sekolah Kebangsaan Titi Teras,memandangkan jumlah murid yang kurang kita terpaksa menghadkan jumlah penyertaan kerana murid yang sama juga akan terlibat dalam semua sukan yang kita pilih.katanya.Pada tahun ini kita hanya menghantar pasukan olahraga yang akan bertanding pada mac ini,pasukan bola jaring pada 8 dan 9 mac ini di Sk Sungai Pinang dan yang terakhir sekali pasukan hoki pada penghujung mac ini juga.Tambahnya lagi beliau berharap semua pasukan dapat membawa kejayaan kerana seluruh warga SKTT menanti kejayaan semua atlit-atlit ini.

WIRA PENANG HADIAHKAN KEMENANGAN KEPADA PENYOKONG HOKI SKTT



Pasukan Hoki Wira Penang yang berjaya mengalahkan pasukan Hoki Sk Bayan Lepas dengan jaringan 8-0 semalam mengaggap kemenangan itu adalah sebagai satu hadiah kepada semua penyokong hoki Sk Titi Teras,lebih menbanggakan lagi kejayaan ini dilakarkan dihadapan penyokong mereka sendiri.Kehadiran Penolong Kanan Pentadbiran,En Mat Zuli juga sedikit sebanyak menyuntik semangat pasukan ini untuk beraksi dengan cemerlang dihadapan penyokong mereka sendiri.Menurut Jurulatih pasukan wira penang En Nazir ketika dihubungi beliau menyifatkan kemenangan ini bukan satu pencapaian ataupun kayu pengukur untuk pasukan wira Penang mendabik dada,kelemahan jentera serangan dan kurang persefahaman pada benteng pertahanan membuatkan beliau masih tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan beliau,walaubagaimanapun beliau yang kini masih menerima rawatan akibat kecederaan berharap dapat segera sembuh dan dapat memimpin pasukan ini sebelum pasukan ini yang akan membawa cabaran sk titi teras ke kejohanan hoki Msspp yang dijadualkan pada mac ini.Pasukan Wira penang yang melancarkan serangan seawal wisel permulaan ditiupkan membuatkan pasukan ini memperolehi gol awal untuk memastikan pasukan ini berada dihadapan.En Wan Rosdan selaku pengurus pasukan mengaggap kemenangan ini adalah sebagai satu hadiah kepada semua penyokong hoki sktt yang selama ini memberikan sokongan yang padu kepada pasukan ini.Beliau berkata pasukan hoki Sk Bayan lepas ini tidak boleh dipandang mudah kerana mereka mempunyai latihan serta kemudahan yang cukup berbanding pasukan kami,tambahnya lagi kami juga tidak memandang mudah perlawanan ini kerana kami mengaggap inilah pentas untuk kami memperbaiki segala kelemahan yang ada pada pasukan kami,katanya.

PERLAWANAN PERSAHABATAN


Selasa, 2 Mac 2010



Lencana sekolah ini mempunyai empat warna asas iaitu kuning, biru, merah dan putih.

Kuning : Melambangkan cahaya yang akan menyinari kehidupan setiap warga sekolah, juga merupakan antara rumah sukan yang terdapat di sekolah ini.

Biru : Melambangkan perpaduan, bernilai murni dan berfikiran sihat yang dapat melahirkan murid-murid yang berhati mulia. Biru juga merupakan salah satu daripada rumah sukan yang terdapat di sekolah ini.

Merah : Melambangkan kegigihan, ketabahan dan kesungguhan dalam apa jua yang dilakukan demi mencapai kejayaan. Merah juga merupakan salah satu daripada rumah sukan yang terdapat di sekolah ini.

Putih : Melambangkan kesucian di mana setiap warga amat ditekankan dengan aspek kebersihan.

2.1.2.2 PENJELASAN TENTANG LAMBANG


Terdapat dua lambang pada lencana sekolah. OBOR yang berwarna merah melambangkan semangat membara yang disemai dalam setiap warga sekolah dalam usaha mencapai kejayaan
LINGKARAN PADI yang berwarna kuning yang terdapat pada logo sekolah membawa maksud setiap warga sekolah disemaikan dengan sifat merendah diri walaupun berpengetahuan tinggi yang mana mengikut resmi padi, “semakin berisi semakin tunduk”.

2.1.2.3 PENJELASAN TENTANG COGANKATA


Cogankata yang tertera pada lencana sekolah berbunyi PELAJARAN SULOH BUDIMAN. Cogankata ini ditujukan kepada semua warga sekolah di mana ilmu pengetahuan yang tinggi akan menjamin masa depan yang cerah serta dapat melahirkan insan KAMIL yang berhemah tinggi dan dapat berbakti kepada keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa, agama dan negara

Khamis, 25 Februari 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


selamat menyambut keputeraan Nabi Muhammad S.A.W atau lebih dikenali dengan nama Maulidur Rasul 2010 pada Jumaat ini 26 March 2010 bersamaan 12 RabiulAwal. Kali ini perarakan Maulidur Rasul peringkat akan bermula di Masjid Wilayah Putrajaya.
Tema Maulidur Rasul yang dipilih kali ini ialah `memantap ummah memperkasa ukhuwah'. Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya.Persoalannya bagaimana kita hendak menyintai junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw sedangkan baginda telah lama meninggalkankan kita.? Senang sahaja kita boleh menyintai Nabi Muhammad dengan mengamalkan sunnah-sunnahnya, bersalawat, membaca sirah baginda dan mengikuti segala suruh dan menjauhkan yang ditegah oleh agama yang dibawa olehnya iaitu ISLAM.

Sabtu, 20 Februari 2010

WIRA PENANG MASIH KURANG MENYENGAT


Ketumpulan bahagian serangan serta kurangnya stamina itulah punca menyebabkan pasukan wira penang masih belum bersedia untuk menghadapi musim 2010 ini itulah ungkapan yang diucapkan oleh jurulatih pasukan itu,En Nazir bin Omar.Menurut beliau melalui beberapa siri perlawanan persahabatan yang diadakan sepanjang minggu lepas ini telah menbuktikan pasukan wira penang tidak berada tahap yang sebenar ,ini membuatkan belaiu dan anak buahnya terpaksa menggandakan lagi usaha untuk mengharungi cabaran pada tahun 2010 ini.Beliau terpaksa akur dengan faktor cuaca serta faktor kesihatan pemain yang tidak menentu untuk beliau merangka beberapa sesi latihan bagaimanapun tambahnya lagi beliau masih boleh menarik nafas lega lagi apabila beberapa orang pemain lama masih lagi berada dalam pasukan 2010 ini.Menurut beliau beberapa perlawanan yang diadakan pada minggu lepas bersama pemain-pemain dari Penang Free School (PFS) bukan sahaja menguji tahap pencapaian pasukan ini malah ia dapat berkongsi idea serta dapat mempelajari daripada pemain-pemain PFS itu.Bagi Pengurus pasukan En Wan Rosdan pula menyifatkan prestasi skuad bimbingan En Nazir ini masih boleh berada pada tahap sebenar jika latihan yang diberikan mencukupi.
KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN
KHAMIS (18 FEB 2010 )
WIRA PENANG LWN U13 PFS
2 - 6
JUMAAT (19 FEB 2010)
WIRA PENANG LWN SKTT OLD BOYS
2 - 0
SABTU (20 FEB 2010)
WIRA PENANG LWN SKTT OLD BOYS
0 - 0

Jumaat, 19 Februari 2010

Khamis, 18 Februari 2010

RENUNGAN BERSAMA


PENGORBANAN SEORANG IBU






Gopeng - Seorang ibu Jamilah Bt. Hashim yang berasal dari Kanpung Pintu Padang,Gopeng yang mempunyai 6 orang cahaya mata,telah meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di hadapan stesen minyak Shell Gopeng,kira-kira jam 7.00 Pagi.Beliau yang baru sahaja selesai menghantar anaknya bersekolah di SMK Idris Shah Gopeng telah meninggal dunia serta-merta ditempat kejadian kerana mengalami cedera parah di bahagian kepala apabila dirempuh oleh lori yang hendak memasuki ke stesen minyak tersebut.Mayat beliau telah dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Pintu Padang selepas waktu asar ini.Semoga roh beliau diampuni dan dirahmati Allah s.w.t. insyaAllah.




Rabu, 17 Februari 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU CIKGU!



Penolong kanan Ko-Kurikulum dengan isteri bersama Pasangan pengantin



Cik Rafidah dan Pn Fauziah bersama pasangan pengantin





En Azwira dan En Wan Rosdan bersama pengantin




En Nazir bersama pengantin



Dua hati satu jiwa Cikgu Yuslina & suami


CUTI-CUTI DI SEDIM


pasangan bahagia 2010




best giler ni rugi sapa tak join




Abang jangan tinggal daku!


Abang!abang!abang!