No Tel/ Fax : 04-8662310
Email : skttbalikpulau@yahoo.com.mya>


”ILMU SULOH BUDIMAN”

Khamis, 19 November 2009

BERSUKAN BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA

Itulah ungkapan keramat yang perlu dijadikan pembakar semangat kepada semua warga SKTT apabila Adik Siti Aisyah Bt Roslan yang juga salah seorang pemain hoki MSSM telah membuktikan dengan menceburi bidang sukan juga telah membuatkan beliau juga berjaya dalam bidang akademik apabila beliau adalah salah seorang murid daripada tiga orang calon UPSR 2009 yang telah mendapat keputusan 5A pada peperiksaan itu.Ketika ditemui beliau berkata berkat doa ibubapa dan tunjuk ajar oleh guru serta bijak membahagikan masa membolehkan beliau cemerlang dalam kedua-dua bidang,tambahnya lagi beliau juga telah mengubah tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan apabila seseorang itu bersukan ia akan menghalang seseorang itu untuk cemerlang dalam akademik.Tahniah

SALAM PERPISAHAN DARI WARGA SKTT!

Pn Noryani Bt Abd Kadir yang akan menamatkan khidmatnya di sekolah Kebangsaan Titi Teras akhir tahun ini akan meninggalkan seribu kenangan kepada seluruh warga sk titi teras terutama sekali rakan sejawat beliau dan semua anak-anak didikan beliau.Beliau yang memulakan khidmat beliau di sekolah ini seawal tahun 2003 banyak meninggalkan kenangan manis kepada seluruh warga sktt.Beliau yang dikenali dengan sikap penyayang membuatkan semua murid suka mendampingi beliau.Hubungan yang mesra dengan seluruh tenaga pengajar dan staff sokongan juga membuatkan semua orang tidak kekok untuk bersembang dengan beliau walaupun baru kenal.Jasa beliau terhadap sk titi teras terlalu banyak dan tidak dapat dibalas dengan wang ringgit,beliau yang memegang jawatan sebagai ketua panitia bahasa melayu juga berusaha gigih untuk memastikan bahasa melayu mendapat martabat yang tinggi dalam dunia pendidikan.Usaha beliau memastikan pencapaian UPSR bagi matapelajaran bahasa melayu juga cukup membanggakan seluruh warga sktt.Pn Noryani yang akan berpindah ke negeri kelahirannya pada tahun depan ,kami seluruh warga SKTT akan sentiasa mendoakan semoga Tuhan memberikan kesihatan yang baik dan berbahagia di samping keluarga.

Kalau hendak ke penaga,
Jengguklah kami di titi teras,
budimu tabur tidak terhingga,
semoga Tuhan membalas budi ikhlas.

Rabu, 18 November 2009

MESYUARAT GURU SESI 2010

Mesyuarat Guru Sesi 2010 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh :29 Disember 2009
Hari : Selasa
Masa :8.00 pagi

Semua guru diwajibkan hadir dan kehadiran guru-guru akan direkodkan.

HARAP MAKLUM!

Ahad, 15 November 2009

SEKITAR HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedikit paparan sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada 14 November 2009.
Pemeriksaan Perbarisan Unit Uniform oleh Yang Berhormat dan Guru Besar

Ucapan Guru Besar

Ucapan YDP PIBG En Md Asraf

Ucapan YB Sr.Tuan Haji Muhamad Farid Saad

Penyampaian Hadiah kepada para pelajar

Harapan warga SKTT semoga para pelajar akan terus berusaha mendalami ilmu pengetahuan dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang di masa akan datang.

Untuk melihat gambar gambar yang lain sekitar Hari Anugerah Kecemerlangan SKTT 2009, sila layari laman sosial di www.friendster.com/sktititeras

Isnin, 9 November 2009

Khamis, 5 November 2009

Rabu, 4 November 2009

SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN SKTT 2009



Seramai lima orang peserta telah melayakkan diri ke pertandingan akhir ,pertandingan sajak peringkat sekolah sempena sambutan bulan bahasa kebangsaan peringkat sekolah.Mohd amirul Syafiq telah dipilih sebagai johan dengan mengetepikan empat lagi pesaingnya pada peringkat akhir.Kesemua peserta menunjukkan bakat dan persembahan yang hebat untuk membuktikan siapa yang lebih hebat walaubagaimanapun tuah lebih memihak kepada adik Amirul Syafiq yang telah dinobatkan sebagai johan pada tahun ini.

"LIVERPOOL UNITED" JOHAN BOLASEPAK KAIN PELEKAT



Bersempena dengan sambutan hari kanak-kanak sedunia,Jawankuasa kerja telah menganjurkan satu pertandingan yang sungguh unik untuk seluruh warga SKTT iaitu pertandingan bolasepak dengan memakai kain pelekat.Apa yang mencuit hati pelbagai telatah dan adegan yang lucu dapat diperhatikan sepanjang pertandingan ini berlangsung,Pasukan yang menggelar diri mereka "Liverpool united" telah muncul juara dengan kemenangan 5-1 pada perlawanan akhir itu .Walaupun SKTT tidak dikenali dengan sukan bolasepak tetapi jika permainan bolasepak dengan berkain pelekat ini dipertandingkan diperingkat MSSPP mungkin pasukan SKTT akan menjadi johan.Tahniah dan Syabas kepada semua pasukan.