No Tel/ Fax : 04-8662310
Email : skttbalikpulau@yahoo.com.mya>


”ILMU SULOH BUDIMAN”

Rabu, 28 Oktober 2009

PASUKAN HOKI SKTT SEMAKIN "MENGGANAS" DI PERAK



Pasukan Hoki SKTT yang lebih di kenali dengan nama jolokkan "wira penang' dengan kerjasama unit sukan Pejabat Pelajaran Barat Daya telah mengadakan satu program pembangunan yang dinamakan"HOCKEY TOUR DE PERAK".Bersempena dengan nama program ini, pasukan hoki SKTT telah mengadakan pelbagai aktiviti dari segi jasmani,rohani dan emosi kepada semua pemain hoki SKTT yang berkampung selama tiga hari di Pulau Pangkor,Perak tujuan diadakan program ini adalah sebagai persediaan pasukan ini untuk menghadapi beberapa kejohanan besar pada bulan hadapan.Menurut jurulatih pasukan hoki SKTT,En Azwira program latihan ini direncanakan dengan teliti untuk memastikan semua pemain dapat menerima serta mengikuti aktiviti yang telah dirancang.Tambahnya lagi beliau juga berasa berbangga kerana kehadiran mereka ke bumi Perak Darul Ridzuan ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah SK Seri Pangkor,Perak yang turut sama menjalani program latihan bersama pasukan hoki SKTT.Walaupun semua pemain berasa penat kerana seharian menempuh perjalanan yang agak jauh tetapi semua pemain tetap menunjukkan komitmen serta prestasi yang baik sepanjang menjalani latihan di sini.Rombongan "tour de perak" ini juga turut disertai dengan pasukan hoki wanita SKTT dan yang lebih membanggakan lagi Penolong Kanan Kokurikulum En Norhisham Bin Mohd Arshad juga sudi bersama-sama semua pemain sepanjang tempoh latihan disana.Pelbagai program latihan telah direncanakan antaranya adalah Program Klinik Hoki bersama sekolah di perak dan perlawanan persahabatan.Pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di padang Sk Seri Pangkor ,walaupun dengan kehadiran ramai penyokong tuan rumah yang memenuhi setiap sudut padang Sk Seri Pangkor ,kehadiran penyokong itu tidak langsung mematahkan semangat pasukan "wira penang" untuk berjuang apabila mereka membelasah SK Seri Pangkor dengan jaringan 15-1,Apapun pujian harus diberikan kepada semua pemain Sk Seri Pangkor walaupun masih kurang berpengalaman dengan corak pasukan lawan tetapi mereka tetap memberikan saingan sehingga tiupan wisel penamat. Menurut jurulatih pasukan hoki ini En Azwira,beliau berkata program ini juga merupakan hadiah kepada semua pemain di atas pencapaian yang menakjubkan yang ditunjukkan oleh pasukan ini sejak ia mula ditubuhkan lagi,tambahnya lagi beliau akan meninggalkan pasukan ini pada tahun hadapan kerana beliau ingin berehat buat beberapa tahun untuk meningkatkan lagi ilmu beliau dalam bidang kejurulatihan.Beliau juga berharap kecemerlangan hoki SKTT akan terus gemilang di persada dan jurulatih yang akan menggantikan beliau dapat mencipta kejayaan terbaru untuk pasukan ini.

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH

Jawatankuasa Hal Ehwal Murid SKTT dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan Jawatankuasa ICT sekolah akan mengadakan tiga aktiviti serentak.Kolaborasi ini adalah melibatkan tiga majlis iaitu Sambutan Hari Kanak-Kanak sedunia,Sambutan Bulan Bahasa dan yang lebih istimewa adalah majlis Pelancaran laman Blog SKTT secara rasminya pada ketetapan berikut:-

Hari :Selasa
Tarikh : 3 November 2009
Tempat :SKTT

Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya ialah senamrobik,persembahan murid-murid,pertandingan sajak,perlawanan bolasepak dengan memakai kain pelekat dll

Semua murid jangan ketinggalan,marilah kita sama-sama meriahkan majlis tersebut.

Selasa, 27 Oktober 2009

"JASAMU TETAP DIKENANG"


Pn Wahidah Bt Jaafar atau lebih mesra lagi dengan panggilan "Kak Dah" yang telah menabur bakti sejak tahun 2004 lagi diSekolah Kebangsaan Titi Teras akan menamatkan khidmatnya dan akan bertukar ke sebuah sekolah di Titi Serong,Perak pada hujung November ini.Beliau yang dikenali dengan sifat yang ramah,mudah mesra serta sering ketawa mudah mendampingi siapa sahaja dan membuatkan sesiapa yang berbual dengannya tidak kering gusi.Seluruh warga SKTT akan merindui gelak tawa "kak dah"apabila beliau tiada nanti,apapun kami warga SKTT mendoakan akan agar Pn Wahidah dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga bergembira ditempat yang baru,akhir sekali hayatilah kata-kata ini semoga jadi renungan kita bersama
memang berat rasa
meninggalkan tempat yang berjasa
namun bagaimana lagi
semuanya harus kau jalani


selamat tinggal kudoakan
agar kau selalu bahagia
hanya pesanku jangan lupa
kirimkan kabarmu

"PROGRAM ASTRONOMI BERSAMA USM"

"PROGRAM ASTRONOMI BERSAMA USM" yang melibatkan lima buah sekolah dan disertai dikalangan murid-murid tahun lima akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Hari : Khamis
Tarikh : 5 November 2009
Tempat :Dewan SKTT
Masa : 9.00 hingga 12.00 tengahari
sebarang masalah atau pertanyaan bolehlah menghubungi EN AZWIRA ABU ditalian 048662310/0199277493

WIRA PENANG MENGGANAS !
















PASUKAN HOKI SKTT DI PERSADA !

Bukan mimpi lagi itulah ungkapan yang sering diucapkan oleh semua pemain hoki Sk Titi teras yang telah melakar banyak kejayaan sepanjang penubuhan pasukan ini pada pertengahan tahun 2006 lebih membanggakan lagi pasukan ini bukan lagi pasukan yang dianggap mudah oleh pasukan lawan malah pasukan ini telah menjadi salah satu pasukan yang digeruni oleh semua pasukan di Pulau Pinang.Kejayaan demi kejayaan dikecapi bermula dengan kejayaan muncul naib johan daerah pada tahun 2006 dan terus melangkah kehadapan dengan mencipta kejayaan yang lebih bermakna lagi apabila telah berjaya menjadi johan pada Kejohanan Hoki Msspp peringkat barat daya seterusnya menjadi naib johan pada kejohanan Msspp peringkat negeri pada tahun ini .Lebih membanggakan lagi sebahagian pemain dalam pasukan ini telah mewakili Pulau Pinang pada kejohanan MSSM yang telah berlangsung di Ipoh Perak pada jun yang lepas.Walaupun sesetengah pihak mengaggap sukan ini mengabaikan akademik tetapi pemain pasukan ini juga telah membuktikan bahawa dengan bersukan juga mereka dapat seiring bersama murid-murid lain.

Selain daripada kejohanan tempatan pasukan hoki SKTT juga telah mencipta nama pada kejohanan diluar Pulau pinang antaranya berjaya mendapat tempat ke-4 pada Kejohanan Hoki Remaja ipoh lebih membanggakan lagi pasukan ini hanya kalah tipis 1-0 kepada sebuah kelab daripada Taiwan.Pasukan hoki SKTT ini juga menjadikan Pesta Hoki Antarabangsa USM merupakan kejohanan tahunan bagi mereka menguji skuad pelapis mereka untuk tahun hadapan.Pasukan ini mendapat didikan daripada jurulatih yang berpengalaman iaitu En Nazir Bin Omar sambil dibantu oleh En Khairul Hisham yang bertindak jurulatih penjaga gol dan En Wan Rosdan sebagai pengurus pasukan.Selain itu sokongan yang diberikan oleh Guru Besar selaku peminat no 1 Hoki SKTT juga mendorong pasukan ini mencipta pelbagai kejayaan.TAHNIAH!SYABAS SKTT!

Rabu, 21 Oktober 2009

Perkhemahan Ko Kurikulum 2009

Perkhemahan Ko Kurikulum SKTT 2009

Pada 9,10 dan 11 Oktober murid tahun 4,5 dan 6 telah menyertai Perkhemahan Ko Kurikulum. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah kawad jalan kaki, pertolongan cemas, Bumi Hijau dan lain lain aktiviti.
Objektif utama perkhemahan ialah untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang suasana perkhemahan sebenar walaupun dibuat di dalam kawasan sekolah. Disamping itu juga, ia bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran murid-murid dalam ilmu kawat kaki, pertolongan cemas, etika perkhemahan dan pengurusan diri. Murid juga didedahkan supaya tidur lambat untuk aktiviti sentri secara bergilir yang memang menjadi satu kelaziman semasa perkhemahan.

Secara keseluruhannya, objektif utama perkhemahan dapat dicapai. Kerjasama yang diberikan turut menggalakkan. Adalah diharapkan agar perkhemahan seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang.