No Tel/ Fax : 04-8662310
Email : skttbalikpulau@yahoo.com.mya>


”ILMU SULOH BUDIMAN”

Ahad, 27 Disember 2009

SELAMAT PULANG WAHAI PENDIDIK

Hari persekolahan hampir membuka tirainya walaubagaimanapun para pendidik SK Titi Teras terpaksa mengorbankan baki cuti persekolahan bersama keluarga apabila mereka terpaksa pulang terlebih awal untuk menghadiri mesyuarat yang akan diadakan pada 29 Disember 2009 ini.Apapun kepada yang memandu jauh ,berhati-hati pastikan anda sampai dengan selamat kerana anak didikmu menanti untuk bersama-sama memulakan sesi persekolahan 2010.

WARNA WARNI SEKITAR PESTA HOKI USM -INTERNATIONAL 2009


Pasukan Wira Penang "A "sedang mendengar taklimat daripada jurulatih dan pengurus pasukan


Pasukan wira penang Sedang menanti pukulan penalti



Pengurus pasukan wira penang yang sentiasa sibuk sepanjang kejohanan




Wira Penang A bersiap sedia untuk bertarung



Sesi Memanaskan badan






Kemenagan 2-0 ke atas pasukan hoki negeri Pahang



















Arahan dan strategi untuk bertemu pasukan Terengganu
















Khamis, 19 November 2009

BERSUKAN BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA

Itulah ungkapan keramat yang perlu dijadikan pembakar semangat kepada semua warga SKTT apabila Adik Siti Aisyah Bt Roslan yang juga salah seorang pemain hoki MSSM telah membuktikan dengan menceburi bidang sukan juga telah membuatkan beliau juga berjaya dalam bidang akademik apabila beliau adalah salah seorang murid daripada tiga orang calon UPSR 2009 yang telah mendapat keputusan 5A pada peperiksaan itu.Ketika ditemui beliau berkata berkat doa ibubapa dan tunjuk ajar oleh guru serta bijak membahagikan masa membolehkan beliau cemerlang dalam kedua-dua bidang,tambahnya lagi beliau juga telah mengubah tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan apabila seseorang itu bersukan ia akan menghalang seseorang itu untuk cemerlang dalam akademik.Tahniah

SALAM PERPISAHAN DARI WARGA SKTT!

Pn Noryani Bt Abd Kadir yang akan menamatkan khidmatnya di sekolah Kebangsaan Titi Teras akhir tahun ini akan meninggalkan seribu kenangan kepada seluruh warga sk titi teras terutama sekali rakan sejawat beliau dan semua anak-anak didikan beliau.Beliau yang memulakan khidmat beliau di sekolah ini seawal tahun 2003 banyak meninggalkan kenangan manis kepada seluruh warga sktt.Beliau yang dikenali dengan sikap penyayang membuatkan semua murid suka mendampingi beliau.Hubungan yang mesra dengan seluruh tenaga pengajar dan staff sokongan juga membuatkan semua orang tidak kekok untuk bersembang dengan beliau walaupun baru kenal.Jasa beliau terhadap sk titi teras terlalu banyak dan tidak dapat dibalas dengan wang ringgit,beliau yang memegang jawatan sebagai ketua panitia bahasa melayu juga berusaha gigih untuk memastikan bahasa melayu mendapat martabat yang tinggi dalam dunia pendidikan.Usaha beliau memastikan pencapaian UPSR bagi matapelajaran bahasa melayu juga cukup membanggakan seluruh warga sktt.Pn Noryani yang akan berpindah ke negeri kelahirannya pada tahun depan ,kami seluruh warga SKTT akan sentiasa mendoakan semoga Tuhan memberikan kesihatan yang baik dan berbahagia di samping keluarga.

Kalau hendak ke penaga,
Jengguklah kami di titi teras,
budimu tabur tidak terhingga,
semoga Tuhan membalas budi ikhlas.

Rabu, 18 November 2009

MESYUARAT GURU SESI 2010

Mesyuarat Guru Sesi 2010 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh :29 Disember 2009
Hari : Selasa
Masa :8.00 pagi

Semua guru diwajibkan hadir dan kehadiran guru-guru akan direkodkan.

HARAP MAKLUM!

Ahad, 15 November 2009

SEKITAR HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedikit paparan sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada 14 November 2009.
Pemeriksaan Perbarisan Unit Uniform oleh Yang Berhormat dan Guru Besar

Ucapan Guru Besar

Ucapan YDP PIBG En Md Asraf

Ucapan YB Sr.Tuan Haji Muhamad Farid Saad

Penyampaian Hadiah kepada para pelajar

Harapan warga SKTT semoga para pelajar akan terus berusaha mendalami ilmu pengetahuan dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang di masa akan datang.

Untuk melihat gambar gambar yang lain sekitar Hari Anugerah Kecemerlangan SKTT 2009, sila layari laman sosial di www.friendster.com/sktititeras

Isnin, 9 November 2009

Khamis, 5 November 2009

Rabu, 4 November 2009

SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN SKTT 2009



Seramai lima orang peserta telah melayakkan diri ke pertandingan akhir ,pertandingan sajak peringkat sekolah sempena sambutan bulan bahasa kebangsaan peringkat sekolah.Mohd amirul Syafiq telah dipilih sebagai johan dengan mengetepikan empat lagi pesaingnya pada peringkat akhir.Kesemua peserta menunjukkan bakat dan persembahan yang hebat untuk membuktikan siapa yang lebih hebat walaubagaimanapun tuah lebih memihak kepada adik Amirul Syafiq yang telah dinobatkan sebagai johan pada tahun ini.

"LIVERPOOL UNITED" JOHAN BOLASEPAK KAIN PELEKAT



Bersempena dengan sambutan hari kanak-kanak sedunia,Jawankuasa kerja telah menganjurkan satu pertandingan yang sungguh unik untuk seluruh warga SKTT iaitu pertandingan bolasepak dengan memakai kain pelekat.Apa yang mencuit hati pelbagai telatah dan adegan yang lucu dapat diperhatikan sepanjang pertandingan ini berlangsung,Pasukan yang menggelar diri mereka "Liverpool united" telah muncul juara dengan kemenangan 5-1 pada perlawanan akhir itu .Walaupun SKTT tidak dikenali dengan sukan bolasepak tetapi jika permainan bolasepak dengan berkain pelekat ini dipertandingkan diperingkat MSSPP mungkin pasukan SKTT akan menjadi johan.Tahniah dan Syabas kepada semua pasukan.


Rabu, 28 Oktober 2009

PASUKAN HOKI SKTT SEMAKIN "MENGGANAS" DI PERAK



Pasukan Hoki SKTT yang lebih di kenali dengan nama jolokkan "wira penang' dengan kerjasama unit sukan Pejabat Pelajaran Barat Daya telah mengadakan satu program pembangunan yang dinamakan"HOCKEY TOUR DE PERAK".Bersempena dengan nama program ini, pasukan hoki SKTT telah mengadakan pelbagai aktiviti dari segi jasmani,rohani dan emosi kepada semua pemain hoki SKTT yang berkampung selama tiga hari di Pulau Pangkor,Perak tujuan diadakan program ini adalah sebagai persediaan pasukan ini untuk menghadapi beberapa kejohanan besar pada bulan hadapan.Menurut jurulatih pasukan hoki SKTT,En Azwira program latihan ini direncanakan dengan teliti untuk memastikan semua pemain dapat menerima serta mengikuti aktiviti yang telah dirancang.Tambahnya lagi beliau juga berasa berbangga kerana kehadiran mereka ke bumi Perak Darul Ridzuan ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah SK Seri Pangkor,Perak yang turut sama menjalani program latihan bersama pasukan hoki SKTT.Walaupun semua pemain berasa penat kerana seharian menempuh perjalanan yang agak jauh tetapi semua pemain tetap menunjukkan komitmen serta prestasi yang baik sepanjang menjalani latihan di sini.Rombongan "tour de perak" ini juga turut disertai dengan pasukan hoki wanita SKTT dan yang lebih membanggakan lagi Penolong Kanan Kokurikulum En Norhisham Bin Mohd Arshad juga sudi bersama-sama semua pemain sepanjang tempoh latihan disana.Pelbagai program latihan telah direncanakan antaranya adalah Program Klinik Hoki bersama sekolah di perak dan perlawanan persahabatan.Pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di padang Sk Seri Pangkor ,walaupun dengan kehadiran ramai penyokong tuan rumah yang memenuhi setiap sudut padang Sk Seri Pangkor ,kehadiran penyokong itu tidak langsung mematahkan semangat pasukan "wira penang" untuk berjuang apabila mereka membelasah SK Seri Pangkor dengan jaringan 15-1,Apapun pujian harus diberikan kepada semua pemain Sk Seri Pangkor walaupun masih kurang berpengalaman dengan corak pasukan lawan tetapi mereka tetap memberikan saingan sehingga tiupan wisel penamat. Menurut jurulatih pasukan hoki ini En Azwira,beliau berkata program ini juga merupakan hadiah kepada semua pemain di atas pencapaian yang menakjubkan yang ditunjukkan oleh pasukan ini sejak ia mula ditubuhkan lagi,tambahnya lagi beliau akan meninggalkan pasukan ini pada tahun hadapan kerana beliau ingin berehat buat beberapa tahun untuk meningkatkan lagi ilmu beliau dalam bidang kejurulatihan.Beliau juga berharap kecemerlangan hoki SKTT akan terus gemilang di persada dan jurulatih yang akan menggantikan beliau dapat mencipta kejayaan terbaru untuk pasukan ini.

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH

Jawatankuasa Hal Ehwal Murid SKTT dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan Jawatankuasa ICT sekolah akan mengadakan tiga aktiviti serentak.Kolaborasi ini adalah melibatkan tiga majlis iaitu Sambutan Hari Kanak-Kanak sedunia,Sambutan Bulan Bahasa dan yang lebih istimewa adalah majlis Pelancaran laman Blog SKTT secara rasminya pada ketetapan berikut:-

Hari :Selasa
Tarikh : 3 November 2009
Tempat :SKTT

Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya ialah senamrobik,persembahan murid-murid,pertandingan sajak,perlawanan bolasepak dengan memakai kain pelekat dll

Semua murid jangan ketinggalan,marilah kita sama-sama meriahkan majlis tersebut.

Selasa, 27 Oktober 2009

"JASAMU TETAP DIKENANG"


Pn Wahidah Bt Jaafar atau lebih mesra lagi dengan panggilan "Kak Dah" yang telah menabur bakti sejak tahun 2004 lagi diSekolah Kebangsaan Titi Teras akan menamatkan khidmatnya dan akan bertukar ke sebuah sekolah di Titi Serong,Perak pada hujung November ini.Beliau yang dikenali dengan sifat yang ramah,mudah mesra serta sering ketawa mudah mendampingi siapa sahaja dan membuatkan sesiapa yang berbual dengannya tidak kering gusi.Seluruh warga SKTT akan merindui gelak tawa "kak dah"apabila beliau tiada nanti,apapun kami warga SKTT mendoakan akan agar Pn Wahidah dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga bergembira ditempat yang baru,akhir sekali hayatilah kata-kata ini semoga jadi renungan kita bersama
memang berat rasa
meninggalkan tempat yang berjasa
namun bagaimana lagi
semuanya harus kau jalani


selamat tinggal kudoakan
agar kau selalu bahagia
hanya pesanku jangan lupa
kirimkan kabarmu

"PROGRAM ASTRONOMI BERSAMA USM"

"PROGRAM ASTRONOMI BERSAMA USM" yang melibatkan lima buah sekolah dan disertai dikalangan murid-murid tahun lima akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Hari : Khamis
Tarikh : 5 November 2009
Tempat :Dewan SKTT
Masa : 9.00 hingga 12.00 tengahari
sebarang masalah atau pertanyaan bolehlah menghubungi EN AZWIRA ABU ditalian 048662310/0199277493

WIRA PENANG MENGGANAS !
















PASUKAN HOKI SKTT DI PERSADA !

Bukan mimpi lagi itulah ungkapan yang sering diucapkan oleh semua pemain hoki Sk Titi teras yang telah melakar banyak kejayaan sepanjang penubuhan pasukan ini pada pertengahan tahun 2006 lebih membanggakan lagi pasukan ini bukan lagi pasukan yang dianggap mudah oleh pasukan lawan malah pasukan ini telah menjadi salah satu pasukan yang digeruni oleh semua pasukan di Pulau Pinang.Kejayaan demi kejayaan dikecapi bermula dengan kejayaan muncul naib johan daerah pada tahun 2006 dan terus melangkah kehadapan dengan mencipta kejayaan yang lebih bermakna lagi apabila telah berjaya menjadi johan pada Kejohanan Hoki Msspp peringkat barat daya seterusnya menjadi naib johan pada kejohanan Msspp peringkat negeri pada tahun ini .Lebih membanggakan lagi sebahagian pemain dalam pasukan ini telah mewakili Pulau Pinang pada kejohanan MSSM yang telah berlangsung di Ipoh Perak pada jun yang lepas.Walaupun sesetengah pihak mengaggap sukan ini mengabaikan akademik tetapi pemain pasukan ini juga telah membuktikan bahawa dengan bersukan juga mereka dapat seiring bersama murid-murid lain.

Selain daripada kejohanan tempatan pasukan hoki SKTT juga telah mencipta nama pada kejohanan diluar Pulau pinang antaranya berjaya mendapat tempat ke-4 pada Kejohanan Hoki Remaja ipoh lebih membanggakan lagi pasukan ini hanya kalah tipis 1-0 kepada sebuah kelab daripada Taiwan.Pasukan hoki SKTT ini juga menjadikan Pesta Hoki Antarabangsa USM merupakan kejohanan tahunan bagi mereka menguji skuad pelapis mereka untuk tahun hadapan.Pasukan ini mendapat didikan daripada jurulatih yang berpengalaman iaitu En Nazir Bin Omar sambil dibantu oleh En Khairul Hisham yang bertindak jurulatih penjaga gol dan En Wan Rosdan sebagai pengurus pasukan.Selain itu sokongan yang diberikan oleh Guru Besar selaku peminat no 1 Hoki SKTT juga mendorong pasukan ini mencipta pelbagai kejayaan.TAHNIAH!SYABAS SKTT!

Rabu, 21 Oktober 2009

Perkhemahan Ko Kurikulum 2009

Perkhemahan Ko Kurikulum SKTT 2009

Pada 9,10 dan 11 Oktober murid tahun 4,5 dan 6 telah menyertai Perkhemahan Ko Kurikulum. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah kawad jalan kaki, pertolongan cemas, Bumi Hijau dan lain lain aktiviti.
Objektif utama perkhemahan ialah untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang suasana perkhemahan sebenar walaupun dibuat di dalam kawasan sekolah. Disamping itu juga, ia bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran murid-murid dalam ilmu kawat kaki, pertolongan cemas, etika perkhemahan dan pengurusan diri. Murid juga didedahkan supaya tidur lambat untuk aktiviti sentri secara bergilir yang memang menjadi satu kelaziman semasa perkhemahan.

Secara keseluruhannya, objektif utama perkhemahan dapat dicapai. Kerjasama yang diberikan turut menggalakkan. Adalah diharapkan agar perkhemahan seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang.

Jumaat, 18 September 2009

Salam Aidilfitri


Dikesempatan ini Warga SK Titi Teras ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Guru, Staf, Murid dan pengunjung blog ini, di mana sahaja anda berada.

Ribuan kemaafan dipohon atas segala kesilapan tutur kata mahupun kelakuan yang mengguris hati sama ada secara sedar ataupun tidak.

Semoga Aidilfitri kali ini merapatkan ukhwah sesama Warga SK Titi Teras.

Khamis, 17 September 2009

Majlis Khatam Al Quran

Majlis Khatam Al-Quran SK Titi Teras pada 17.9.2009

Sempena Ihya Ramadan, Panitia Pendidikan Islam SK Titi Teras telah menjayakan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis ini diketuai oleh Ustaz Mat Zuli Bin Yusof bermula dengan bacaan surah Ad Dhuha dan berakhir dengan surah An Nas. Berikut merupakan Hadis Nabi mengenai pembacaan Al-Quran

1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )

2. Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya. ( Riwayat Muslim )

3. Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.( Riwayat Bukhari )

4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.( Riwayat Bukhari & Muslim )

5. Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.( Riwayat Bukhari & Muslim )

6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran. ( Riwayat Muslim )

7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam.( Riwayat Bukhari & Muslim )

8. Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran.( Riwayat Bukhari & Muslim )

9. Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W.bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh.( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )

10. Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan.( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

11. Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.( Riwayat Muslim )

12. Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran.( Riwayat Muslim )

13. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda : Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad.( Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa'ie & Ibnu Majah )

14. Daripada 'Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka berdoa dengannya.( Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan )

15. Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )

Selasa, 15 September 2009

Wafi

Kenangan Di Alam Maya

Penantian peminat Wafi kini berakhir dengan kemunculan album baru yang akan dipasarkan sempena Hari Raya Aidilfitri. (buat duit raya weh!!!!) Album ini memuatkan sepuluh lagu sentimental (tangkap leleh beb) yang bakal meletup di industri muzik tanah air.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini :

  1. Kau Yang Bernama Amsyar
  2. Kenangan Di Alam Maya
  3. Kisah Sang Mentari
  4. Bilakah Hari Itu
  5. Persada
  6. Hatiku Dihimpit resah
  7. Aku Yang Sepi
  8. Enam Tahun Penantian
  9. Kekasihku dan Kekasihmu
  10. Cinta Pandang Pertama
"Terima kasih kepada peminat peminat setia yang sudi memberi sokongan selama ini. Tak lupa kepada Cikgu Sham recording, Zeck, Hazwan, Amin, Amsyar (sebuah lagu khas untuk mu), Mat Jali, Adib (Rock Babeh) dan sahabat-sahabat yang tak sempat saya senaraikan di sini. Album ini hadiah buat anda semua" Wafi..09


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
BUAT SEMUA WARGA SK TITI TERAS

Isnin, 14 September 2009

Perjuangan belum Selesai



















Murid tahun 6 SKTT 2009

Berakhirnya peperiksaan UPSR merupakan permulaan dalam dunia akademik. Masih jauh lagi perjalanan yang harus dilalui. Pelbagai cabaran dunia globalisasi menanti pada setiap langkah yang diambil. Mungkin langkah yang dilalui itu dibiarkan bertatih ataupun berlari mahupun merangkak perlahan-lahan, cabaran pasti akan datang. Andai tersungkur segeralah bangun, andai terhoyong hayang segeralah bertongkat, andai meluncur laju tujulah kehaluan yang jauh dari persimpangan kegagalan. Semoga berjaya di masa hadapan dan ambillah pengalaman sebagai panduan.