No Tel/ Fax : 04-8662310
Email : skttbalikpulau@yahoo.com.mya>


”ILMU SULOH BUDIMAN”

Khamis, 12 April 2012

Taklimat Orientasi Tahun 1


Orientasi Tahun 1 bermula sekitar sekitar jam 8.30 pagi, dihadiri oleh ibu bapa, waris dan anak masing-masing yang akan bersekolah pada tahun 2012. Murid yang bakal menduduki tahun 1 diberi kuiz untuk diuji tahap kemahiran asas dan memberi pendedahan awal sebagai persediaan sebelum sesi persekolahan bermula.

Ibu bapa diberi taklimat dan maklumat penting sempena persekolahan untuk tahun 2012. Antara maklumat penting yang disampaikan.

1. Peraturan sekolah dan langkah langkah keselamatan.
2. Penggunaan band dalam pentaksiran yang akan dilaksanakan kepada murid.
3.Perlunya sikap berdikari bagi setiap murid tahun 1.
4. Penerapan nilai disiplin bagi setiap murid.
5. Penglibatan serta kerjasama yang baik dari ibu bapa mahupun waris dalam mesyuarat atau sambutan yang dijalankan disekolah.



Antara aktiviti lain yang dijalankan kepada ibu bapa dan waris adalah taklimat mengenai KSSR, PBS dan LINUS.









Khamis, 30 Disember 2010

Jamuan Akhir Tahun SKTT 2010






Jamuan akhir tahun Kelab Kebajikan Guru 2010 diadakan di Hotel Gurney. Jamuan ini diadakan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim di kalangan guru. Aktiviti yang bermula dengan ucapan alu aluan Pengerusi Kelab Guru iaitu Ustazah Norhasniza dan seterusnya guru guru menjamu selera.

Orientasi Pra Sekolah 2011


Tuan Haji Othman Bin Hussain, Guru Besar SKTT memberi taklimat orientasi kepada para waris



Para waris yang hadir untuk mendengar taklimat orientasi pra sekolah

Prasekolah SK Titi Teras diberi nama Tunas Bestari. Nama ini dipilih kerana bertepatan dengan hasrat sekolah mengasuh dan mendidik kanak-kanak dari peringkat bawah ke arah melahirkan insan yang cemerlang, berilmu, beriman, berdisiplin dan bertaqwa bagi membentuk insan yang kamil didunia dan akhirat.

Antara taklimat yang disampaikan:

1. Waktu persekolahan prasekolah.
2. Peranan ibu bapa menghantar dan mengambil anak.
3. Sarapan pagi disediakan untuk murid prasekolah
4. Gambar berukuran passport berwarna 4 keping untuk kegunaan sekolah.
5. Pemberitahuan masalah kesihatan murid kepada guru dari masa ke semasa termasuk alahan kepada makanan tertentu.
6. Sentiasa mengemaskini maklumat peribadi seperti no telefon supaya dapat menghubungi waris apabila berlaku kecemasan.
7. Program menabung dibatalkan
8.Pakaian seragam Pra Sekolah 3 pasang disediakan.
9. Kemahiran belajar dengan berlandaskan konsep 3M
10. Sumbangan khas
11. Perlantikan ahli jawatankuasa permuafakatan pra sekolah.
Penasihat : Tn Haji Othman B Hussain
Pengerusi : Muhamad Izuan B Abu Bakar
Naib Pengerusi : Pn Haliza Bt Samsudin
Setiausaha : Pn Noormiza Bt Mohd Taib
Bendahari : Pn Hasyidah Bt Ismail
Juruaudit : Pn Fauziah Bt Abdul Malik
AJK:
Pn Rosita Bt Azali
Muhamad Yusuf Ramli
Rohaizat Nasir
Syaziman Shaid
Laila Muhd Nor
Alias Ramli

12. Seisi soal jawab

Senarai nama murid pra sekolah TUNAS BESTARI 2011

1. AMIRUL AL HAJ B ZURIMAN
2. DANIEL SYAZWAN B IDRIS
3. MOHAMAD MUAZZAM B MD KARIM
4. MOHAMMAD IZZAL SYAMIN B MOHD IZUAN
5. MUHAMMAD AFIQ B ADNAN
6. MUHAMMAD AKMAL B NOOR HISYAM
7. MUHAMMAD ALIF HAIQAL B AZMI
8. MUHAMMAD AMER HAIKAL B MOHD ZAMRI
9. MUHAMMAD AMSYAR B MD ASRAF
10. MUHAMMAD DANISH HAIKAL B MUHAMMAD HAIRI
11. MUHAMMAD HISYAMUDDIN B ROHAIZAD
12. MUHAMMAD RAHMAT B SHAMSUR ANUAR
13. MUHAMMAD SYARIFUDDIN B MANSOR
14. MUHAMMAD SYAZMI B ALIAS
15. ZAKREADAM B HASBULLAH
16. ANIS NADZIRAH BT MUZAFFAR
17. NURAFIQAH NAZIFA BT MOHD RIZAL
18. NURALIYA BT ABDUL RANI
19. NURATHIRA ADAYU BT AZIZ
20. NURAZERIN SHAFIQA BT ABDUL HAMID
21. NURAFIQHAH IRDINA BT AELIAS
22. NURMIZATUL AKMA BT SHAZIMAN
23. NURIN HANANI BT ELIES
24. PUTRI NURADILAH BT MOHD YUSOFF
25. SITI NURNAJWA BT SHAIFOL HADI

Rabu, 29 Disember 2010

Orientasi Tahun 1 SKTT 2011


Ibu bapa dan waris yang hadir pada taklimat Orientasi Tahun 1


Guru besar SKTT, Tuan Haji Othman Bin Hussain memberi taklimat orientasi Tahun1 2011 kepada ibu bapa dan waris

Orientasi tahun 1 bermula seawal 8.30, hari ini, dihadiri oleh ibu bapa, waris dan anak masing- masing yang akan bersekolah untuk tahun 2011. Murid yang bakal menduduki tahun 1 diberi kuiz untuk diuji tahap kemahiran asas dan memberi pendedahan awal sebagai persediaan sebelum seisi persekolahan bermula.

Ibu bapa diberi taklimat dan maklumat penting sempena persekolahan untuk tahun 2011. Antara maklumat penting yang disampaikan :

1. Peraturan sekolah dan langkah keselamatan.
2. Yuran persekolahan.
3. 1 murid 1 sukan.
4. Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan.
5. Jadual waktu persekolahan.

Semoga dengan kehadiran warga SKTT yang baru dapat melonjakkan kecemerlangan prestasi sekolah ke tahap yang lebih tinggi.

Isnin, 19 Julai 2010

PEMAIN SK TITI TERAS DI PENTAS MSSM




Seramai empat orang pemain hoki sk titi teras telah terpilih untuk mewakili pasukan hoki Pulau Pinang ke peringkat MSSM yang telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 6 hingga 13 Jun 2010.Pasukan Pulau pinang yang diundi bersama pasukan Terengganu dan pahang berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum tunduk kepada pasukan Selangor dengan Jaringan 3-0 untuk saingan ditempat keempat dan ketiga.


WIRA PENANG TERUS GEMILANG




















Pasukan Hoki wira penang sekali lagi berkunjung ke Ipoh sekali lagi untuk menyertai kejohanan Hoki Remaja Ipoh Kali yang keempat.Buat julung kalinya kali ini pasukan hoki wira penang menghantar pasukan hoki wanitanya,lebih membanggakan lagi pasukan hoki wanita berjaya mendapat tempat ketiga untuk pertandingan kemahiran,Pasukan hoki lelaki yang cemerlang pada peringkat awal terpaksa akur dengan kekalahan 2-0 kepada pasukan daripada Taiwan,Pasukan wira penang yang melancarkan serangan sejak wisel permulaan ditiupkan terpaksa akur kepada pasukan Taiwan itu pada minit terakhir yang tewas pada peringkat suku akhir.Sebelum itu pasukan wira penang beraksi cemerlang dengan menewaskan pasukan dari SK TLDM LUMUT dengan jaringan 2-0 dan seterusnya seri dengan pasukan dari PPD KINTA.Pada saingan pusingan kedua pasukan wira penang terpaksa berhempas pulas sebelum menang pada penentuan pukulan panalti pada pasukan dari Kuala Lumpur.Apapun tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain majulah hoki untuk semua